1. Ambil tahu tarikh akhir penghantaran borang permohonan dari HEA. 2. Muat turun borang permohonan peruntukan aktiviti tabung amanak pembangunan akademik PENASIHAT AKADEMIK dari laman HEA. 3. Isi borang beserta tandatangan dan cop ketua pusat pengajian. 4. Hantarkan kepada kerani HEA yang menguruskan borang tersebut sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. 5. Tunggu e-mail pemakluman samada permohonan diluluskan atau sebaliknya. Sekiranya borang ditolak, kebiasaannya kerani HEA akan sertakan dengan alasan kenapa yang diperolehi dari timbalan rektor. 6. Ambil surat kelulusan dari HEA. 7. At this point PA boleh pilih samada nak minta dan ambil wang dari bendahari SEBELUM atau SELEPAS habis aktiviti. Kalau nak dapatkan duit sebelum aktiviti ambil, isi dan hantar borang "memohon wang pendahuluan" daripada dan kepada pejabat bendahari. Kalau nak ambil wang selepas aktiviti (maknanya PA atau student kena guna duit sendiri dulu lah) boleh lah ambil, isi dan hantar borang &
"Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua" Ini adalah blog peribadi. Segala catatan merupakan pendapat dan petua. Ia bukanlah portal rasmi bagi mana-mana institusi walaupun anda akan nampak banyak nama khusus di setiap catatan. Tujuannya adalah untuk rujukan kepada mereka yang perlukan panduan. Sebarang penambahbaikan bolehlah maklumkan pada penulis.