Skip to main content

Cara memohon elaun TAPA untuk anak PA UiTM

1. Ambil tahu tarikh akhir penghantaran borang permohonan dari HEA.

2. Muat turun borang permohonan peruntukan aktiviti tabung amanak pembangunan akademik PENASIHAT AKADEMIK dari laman HEA.

3. Isi borang beserta tandatangan dan cop ketua pusat pengajian.

4. Hantarkan kepada kerani HEA yang menguruskan borang tersebut sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

5. Tunggu e-mail pemakluman samada permohonan diluluskan atau sebaliknya. Sekiranya borang ditolak, kebiasaannya kerani HEA akan sertakan dengan alasan kenapa yang diperolehi dari timbalan rektor.

6. Ambil surat kelulusan dari HEA.

7. At this point PA boleh pilih samada nak minta dan ambil wang dari bendahari SEBELUM atau SELEPAS habis aktiviti. Kalau nak dapatkan duit sebelum aktiviti ambil, isi dan hantar borang "memohon wang pendahuluan" daripada dan kepada pejabat bendahari. Kalau nak ambil wang selepas aktiviti (maknanya PA atau student kena guna duit sendiri dulu lah) boleh lah ambil, isi dan hantar borang "tuntutan mendahulukan wang" juga daripada dan kepada pejabat bendahari.

8. Pastikan berapa jumlah RM yang diperuntukkan bagi setiap pelajar (biasanya RM6) supaya kalau PA/student keluar duit sendiri tidaklah melampau2 apatah lagi x dapat tuntut lebihd ari rm6/kepala.

9. Perhatikan dana apa yang diluluskan untuk aktiviti contohnya tabung TAPA atau tabung pengurusan. Ada borang-borang tertentu bagi setiap jenis tabung. Kalau tabung pengurusan kena ada borang PB.

10. Kemudian buat lah aktiviti. Jangan lupa borang laporan aktiviti. Kalau nak isi borang tuntutan mendahulukan wang jangan lupa ada borang yang perlu ditandatangan oleh anak-anak PA dsb.

All the best!

Comments

Popular posts from this blog

MEMOHON CUTI STAFF UITM - APPLY CUTI UITM STAF - LEAVE APPLICATION FOR UITM

Pautannya ialah  https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/ Paparan utama (Home) bagi laman di atas adalah seperti di bawah: Pautan untuk memohon cuti bagi staf UiTM https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/   https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/   https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/   https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u/

Cara nak mohon kebenaran/kewangan rombongan student di UiTM

Berikut adalah keperluan untuk memohon (apply) event rombongan berkaitan pelajar dan kursus; 1. Hantar email kepada tempat yang ingin dilawati. Kepilkan (attach) surat rasmi with letterhead. Dapatkan persetujuan.  Dalam surat rasmi mesti ada butiran perkara apa yang ingin dipelajari, jumlah peserta, tarikh dan masa yang dihajati. 2. Sediakan kertas kerja untuk dihantar kepada HEA.  Dapatkan template dari kawan-kawan yang biasa buat rombongan pelajar. Kepilkan borang TAPA 3. Download, isi dan print borang TAPA . Borang boleh dimuatturun dari laman HEA. Nama borang 2019-_PERMOHONAN_TAPA_new_update-PDF Pastikan borang ditandatangani ketua pusat pengajian atau sesiapa yang berkenaan Jangan lupa nyatakan kenderaan yang dipohon sekiranya ada. 4. Submit kesemua di atas kepada HEA. Pastikan pensyarah in charge dah tandatangan borang TAPA. Pastikan pensyarah KPP dah tandatangan borang TAPA. 5. Tunggu e-mail dari HEA dalam masa seminggu. Lebih d...